Selasa, 05 Februari 2008

RTM - Melampau


Tindakan RTM menyiarkan sedutan yang melaporkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap parti politik yang menganjurkan himpunan bersih menunjukan bahawa RTM telah di ROGOL oleh mereka yang kaki ROGOL Demokrasi dan pelembagaan negara. Pas Sg Burong menyifatkan himpunan itu adalah sah disisi undang-undang negara Malaysia dan para penghimpun itu adalah orang yang mempunyai minda kelas pertama. Seperti di negara-negara maju Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Britain rakyat boleh mengadakan himpunan. Apakah negara mereka mundur dan porak peranda.
Malaysia kan sudah mencapai negara maju. Pas Sg Burong menghormati pandangan rakyat yang tersiar dalam sedutan itu dan semua pandangan rakyat harus diambil.
Yang penting dari himpunan itu adalah berbeda pendapat. Kalau semua pendapat sama negara ini tak perlu ada banyak parti. Banyak pendapat merupakan satu anugerah Allah dan memang ciptaannya. Kita harus menerima semua pendapat rakyat dan menilainya walaupun datang dari rakyat kampung.
Akhirnya RTM seharusnya lebih mesra rakyat dan jangan menimbulkan provokasi.
RTM milik rakyat bukan milik sesebuah parti. Izinkan semua parti mengemukakan pandangan di RTM. Percayalah negara Malaysia akan lebih makmur dan maju jika RTM dapat mendidik rakyat bukan memaksa rakyat menerima pendapat sebelah pihak. Keluarkan pendapat semua pihak, biar rakyat adili mereka.

Tidak ada komentar: